You are using an outdated browser. For a faster, safer browsing experience, upgrade for free today.
renungan

Jeret-Jerat Setan Akhir Zaman

Dalam Kejadian 3, telah dipaparkan kepada kita kontroversi diantara Lusifer dengan Allah, yang mana berkelanjutan sehingga akhir zaman. Iblis tahu akan terjadi penghukuman kepada mereka tidak terlalu lama lagi. Maka ia akan lebih giat lagi pada zaman ini untuk menyeret sebanyak mungkin umat manusia untuk menentang Allah.

"Kontroversi besar di antara Kristus dan Syaitan yang telah berlangsung selama 6000 tahun akan berakhir tidak lama lagi, dan orang-orang fasik akan menggandakan usaha mereka untuk mengalahkan usaha Kristus untuk menyelamatkan manusia. Mereka bermatlamat mengongkong manusia dalam kegelapan tanpa pertaubatan sehingga pengantaraan Juruselamat berakhir." (KT374.1)

Iblis akan menjalankan banyak jerat pada akhir zaman ini untuk mengagalkan usaha penyelamatan umat manusia. Berikut adalah jerat-jerat yang iblis akan lakukan:

1). Melekakan Kepekaan. Pada akhir zaman, iblis akan lebih giat lagi mengoda umat manusia untuk menurut nafsu makan atau menurut bentuk kepuasan diri yang lain. Melalui usaha ini, akan dapat meledakkan kepekaan mereka sehingga gagal untuk mendengar perkara-perkara yang amat perlu mereka pelajari (KT 374).

2). Mengabaikan doa dan pembelajaran Firman Allah. Iblis akan berusaha membuat umat Tuhan mengabaikan doa dan Firman Tuhan dengan menanamkan kemalasan dalam diri mereka untuk malas berdoa dan mempelajari Firman Tuhan. Karena "Syaitan tahu bahwa semua orang yang dibawa untuk mengabaikan doa dan pembelajaran Kitab Suci akan ditewaskannya." (KT 374.5)

3). Memutarbelitkan kebenaran Firman Allah. Iblis akan mendorong pengikutnya untuk memutarbelitkan kebenaran Firman Allah; Menanamkan fahaman yang salah sesuai dengan setiap cita rasa dan keperluan individu yang ingin dimusnahkannya; Berusaha untuk mengantikannya (kebenaran) dengan teori-teori palsu, dongeng, injil lain.." KT 375.4 (Hati-hati dengan apa yang kamu lihat di telefon/tv/movie/tayangan); Menggantikan Kitab Suci dengan spekulasi manusia.

Perhatikan kutipan yang berikut ini: "Mereka akan memutarbelitkan kata-kata dan tindakan individu yang menyayangi dan mematuhi kebenaran........ Dalam setiap cara mungkin mereka akan cuba menimbulkan apa sahaja yang suci dan bermoral sebagai salah dan keji." (KT 375.1)

4). Memanipulasikan rasa ingin tahu. Rasa ingin tahu yang dimaksudkan di sini adalah rasa ingin tahu yang keterlaluan dan kepada perkara-perkara yang bukan menjadi bagian kita untuk mengetahuinya selama di bumi (Ul. 29:29). Hawa jatuh karena rasa ingin tahu, Lusifer pun jatuh karena tidak berpuas hati dengan apa yang dia tidak tahu tentang rencana Tuhan. Bahayanya, rasa ingin tahu yang keterlaluan ini akan iblis isi dengan doktrin-doktrin yang palsu.

Oleh itu, ketika membaca Firman Tuhan, sentiasalah mulai dengan doa dan bukakan hati untuk tuntunan Roh Kudus. Perhatikan kutipan yang berikut ini:

"Bila mana Kitab Suci dibuka tanpa doa, persediaan jiwa rendah diri dan mahu diajar, perenggan yang paling jelas mahupun yang paling susah akan tersasar daripada makna sebenarnya." (KT376)

5). Menanamkan sifat kesombongan dalam diri. Tidak susah untuk kita mengerti, sepertimana Lusifer telah menyombong dan meninggikan diri di hadapan Tuhan, ia akan menanamkan sifat kesombongan dan tinggi diri di hadapan Tuhan dan kepada manusia buat mereka yang leka. (Yeh. 28:17-18; Ams. 16:5)

6). Menanamkan sifat malas dalam diri. Malas itu boleh sahaja malas untuk mengerjakan kerja di rumah, malas belajar, balas berkerja, dan sebagainya. Yang paling bahaya adalah ketika umat Tuhan dituntun kepada sifat malas berdoa, mempelajari Firman Tuhan, malas ikut kebaktian, acara-acara, dan program gereja, malas melayani, dan malas mengembangkan diri dalam kerohanian. (Ams. 6:9-11)

7). Menimbulkan keraguan dalam hati manusia. Keraguaan yang dimaksudkan di sini adalah keraguan rohani. Iaitu, meragukan kuasa doa, Firman Tuhan, dan bahkan meragukan kuasa Tuhan. Perkara ini dapat terjadi ketika umat Tuhan tidak mengalami pembaharuan rohani (KT380).

8). Menanamkan roh memberontak dalam diri manusia. Roh memberontak adalah roh yang dibawakan oleh Lusifer ketika di Sorga (Yes. 14:12-15; Yeh. 28:14-17). Orang –orang akan dituntun untuk memberontak kepada Roh Kudus sebagai penolong yang terakhir (Yoh. 14:16-17,26;16:7). Namanya pun penolong yang terakhir, jika ditolak, tidak ada lagi penolong yang lain.

9). Menanamkan roh suka mempersalahkan. Dalam Injil Lukas 6:39-42, Tuhan Yesus mencela orang-orang munafik yang sibuk mencari kesalahan orang lain dan buta melihat kelemahannya sendiri. Pada zaman akhir, Iblis akan menuntun orang-orang untuk suka menghakimi sesama manusia (Luk. 6:41-42), kepada pimpinan organisasi gereja, kepada pemimpin gereja, pendeta, elders, dan pemimpin jemaat.

Kesimpulannya, “Syaitan mengetahui bahawa jiwa paling lemah yang hidup dalam Kristus pasti menyaingi tentera kegelapan dan sekiranya dia sendiri berhadapan dengan mereka, dia akan dilawan dan ditewaskan. Oleh itu dia berusaha menjauhkan mereka dari Salib, iaitu dari kubu kekuatan mereka." (KT381). Banyak lagi jerat iblis yang boleh disebutkan, tetapi “Hanya dengan bersandar kepada Tuhan dan menurut perintah-perintahNya boleh kita diselamatkan." (KT381)

Sentiasalah mengingat bahawa “Tiada manusia yang selamat untuk sehari ataupun sejam tanpa doa.” (KT831). "Syaitan pakar memetik ayat dari Kitab Suci, meletakkan tafsirannya sendiri pada petikan tertentu, dengan harapan menjatuhkan kita." (KT381). Tetapi, "Mintalah kebijaksanaan kepada Tuhan untuk memahami Firman-Nya. Di sinilah terpapar perangkap Syaitan dan cara ia boleh diatasi." (KT381)

Tuhan kiranya memberkati kita selalu…

Post 1

Baca Renungan

Post2

Baca Renungan

post3

Baca Renungan